SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS22 | Selangor FC vs Sabah FC | Siap Sedia Menentang The Rhinos

Feb 27, 2025 - FAS

Selangor FC akan berdepan Sabah FC bagi perlawanan minggu ke-22 saingan Liga Super 2024/25 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya jam 9 malam ini.

Ini merupakan pertemuan ke-77 di antara #SFCSAB. Skuad Merah Kuning telah memenangi 39 perlawanan dan 15 kali seri. Selain itu, 128 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. Kali Terakhir skuad Gergasi Merah menentang The Rhinos adalah dalam saingan Liga Super yang berakhir dengan keputusan 2-1.

Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, tetap mahu pasukan fokus untuk dapatkan kemenangan.

“Kita perlu cepat ubah keadaan dari kemenangan minggu lalu dan saya yakin para pemain sudah pun berikan fokus mereka dari hari pertama latihan untuk perlawanan malam ini. Mujur juga pada malam ini tiada sebarang pergantungan, jadi kita boleh berikan sepenuhnya menentang sebuah pasukan yang hebat seperti Sabah FC kerana perlawanan sudah tentu akan menjadi sengit. Dalam masa yang sama, para pemain perlu beraksi secara berpasukan di atas padang untuk mendapatkan kemenangan. Fokus utama adalah untuk mendapatkan tiga mata tersebut, dan kami juga mengharapkan sokongan daripada penyokong Gergasi Merah,” jelas Kinoshi.

Bagi keberadaan pemain, hanya Noor Al-Rawabdeh telah melepasi bulan kedua pemulihan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL). Selain itu, Khuzaimi Piee pula mengalami retakan ‘metacarpal’ dalam perlawanan Akhir 2 MFL Challenge Cup 2024/25 yang lalu. Para pemain Gergasi Merah yang lain bersedia untuk bersama-sama berjuang pada malam ini. 

Selangor FC yakin pasukan akan berikan persembahan yang terbaik pada malam ini. Teruskan momentum kemenangan, Gergasi Merah!

Selangor FC baru sahaja membuat pelancaran kasut ‘skate’ daripada kolabori bersama sebuah jenama tempatan iaitu Voltra. Dapatkan di sini. (https://selangorfc.com/ms/shop/cart/add-product/1382) Stok adalah terhad!

Demi Kebanggaan!